Cuckoo atau Coway? 2 jenama besar,2 jenama paling popular didalam industri penapis air.Bila ditanya sahaja tentang penapis air,saya yakin dalam minda masing-masing ada 2 jenama ini sahaja.Jadi jika ada dua pemain dalam industri yang sama,pastinya masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing dan juga tidak semuanya adalah sempurna,pastinya terdapat kekurangan.Artikel kali ini,akan saya kupaskan serba sedikit Perbandingan Dan Perbezaan Antara Cuckoo Dan Coway,dalam membantu anda membuat perbandingan sebelum anda membuat keputusan.

1. Tapisan

Cuckoo

Kesemua penapis Cuckoo menghasilkan air beralkali rendah dan mengandungi mineral dengan mengikut piawaian World Health Organization (WHO).Jadi air yang ditapis oleh penapis air Cuckoo adalah selamat.

Coway

Berbeza pula dengan penapis air Coway,memfokuskan kepada air Reverse osmosis (RO) dimana air yang dihasilkan tiada mineral,semuanya disingkirkan.Namun terdapat perdebatan dan kajian yang dilakukan beberapa pengkaji sebagai contoh Frantisek Kozisek,menurut beliau didalam Health Risks From Drinking Demineralised Water,meminum air yang telah disingkirkan segala mineralnya adalah berbahaya.Anda boleh baca kenyataan WHO disini.

*Coway juga menghasilkan penapis air dengan fungsi alkali kombo mineral dengan harga RM7500 atau RM195/bulan.Manakala Cuckoo boleh didapati pada harga serendah RM2500 atau RM60/bulan.

2. Servis Selepas Jualan

Coway

Pemasangan penapis air oleh Coway adalah percuma. Penapis air akan ditukar setiap 2 bulan dan servis akan dilakukan secara berkala.

Cuckoo

Pemasangan serta penghantaran penapis air Cuckoo juga percuma.Penapis air akan ditukar setiap 4 bulan sekali,manakala filter akan ditukar terus tanpa dicuci untuk menjaga kualiti air yang dihasilkan.

3. Discharge Air (Air Lebihan)

Coway

Air lebihan akan dibuang ke singki,akan berlaku pembaziran.

Cuckoo

Tiada pembaziran air kerana penapis air Cuckoo menggunakan sistem di mana semua air lebihan akan disalurkan dan dimasukkan ke dalam filter terus. Jadi Cuckoo sangat menjimatkan air.

4. DEPOSIT DAN PEMBELIAN

Coway

Jika anda ingin membeli atau menyewa penapis air Coway,anda perlu mengeluarkan sedikit wang deposit.Selain itu,Coway akan memerlukan anda menyertakan beberapa dokumen seperti bukti pendapatan,rekod hutang CCRIS & CTOS.Jika rekod anda tidak lepas,maka anda tidak layak untuk menyewa penapis air dari Coway.

Cuckoo

Sangat mudah,tanpa memerlukan dokumen seperti diatas,juga tanpa perlu menmbayar deposit.Kelulusan untuk mendapatkan penapis air Cuckoo sangat mudah

5. Harga

Coway

Untuk harga penapis air Coway,paling murah anda boleh dapat adalah RM 2500 ATAU dengan pembayaran bulanan sebanyak RM75/bulan manakala paling mahal adalah RM7500 dengan pembayaran bulanan sebanyak RM 195/bulan.Harga sewa pula kekal sama sepanjang 5 tahun.

Cuckoo

Bagi penapis air Cuckoo model yang paling murah boleh didapati adalah RM2500 dengan pembayaran bulanan serendah RM60/bulan,manakala untuk model yang paling mahal adalah RM4999 dengan pembayaran bulanan serendah RM 160/bulan. Harga sewa pun akan menjadi lebih rendah selepas 3 tahun. 

So anything that will demonize their stance https://writemypaper4me.org/ and deify yours is accepted.